Pages

Sunday, May 30, 2010

aku hanya insan biasa

salam alaik
alhamdulillah, bersyukur akhirnya semua exam telah berakhir. buat insan2 yang kecundang saat itu janganlah berputus asa dan rasa down, sebab Allah sedang menguji kamu dengan kesusahan & kami pula dengan kesenangan..jadi bersyukurlah..
heheh entry kali ni mengenai aku insan biasa...
sememangnya manusia dilahirkan dengan pelbagai kelebihan & juga kekurangan...
jadi apa yang membezakan kita dengan yang lain?
dah tentu akhlak yang baik..
pernah dengar `nobody is perfect` ungkapan ini bukanlah satu alasan yang membenarkan kita utk berbuat kejahatan..

nak kongsikan bersama satu hadis:
` ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya, dan sekiranya ia buruk maka buruklah semuanya. ketahuilah ia adalah hati`

cmne nk dpt akhlak yg baik? mstilah dari hati yang bersih...hati yang bersih
dari ibnu Qayyim Al-Jauziyah : terdapat 3 jnis hati iaitu
1.hati yang bersih
2.hati yang mati
3.hati yang sakit

mcm mana hati bleh sakit sampai mati?

perkara2 yqng mampu membawa keradangan pada hati lalu ia mati...
1.pergaulan yang tidak berfaedah
2.sentiasa berangan2 yang bebukan
3.tidak berharap pada Allah
4.over eating
5.over sleeping
6.over looking ( melihat sesuatu secara berlebihan)
7.kata2 yang keterlaluan

ada ke manusia di zaman fb@twitter@myspace yang tidak melakukan sume ni???
berbalik pada sifat ALLAH yang Maha Pengampun, Maha Penyayang & Maha mendengar...sesiapa yang memohon pertolongannya, pasti ALLAH tidak akan menghampakannya...
sahabat2 yang di kasihi ALLAH sekalian marilah kit sama2 menanamkan azam untuk sama2 menjaga hati..
jagalah hatiMU wahai teman agar dia tidak tandus dari rahmat Allah..